Header AD

Karakter Pokemon Go Ditemui di atas Kaabah??


Demam Pokemon Go sedang melanda seluruh dunia, malah bandar suci ini dan kawasan sekitarnya turut tidak terlepas daripada permainan berkenaan.
Permainan itu dilaporkan menetapkan lokasi pertempuran antara karakter Pokemon di Kaabah dan hadiah juga boleh ditemui di pintu masuk Masjidilharam.
Beberapa pihak berpendapat Pokemon Go mencemarkan kesucian Masjidilharam dan masjid lain kerana ada karakter diletakkan di dalam rumah ibadah dan permainan itu juga boleh mengintip pemainnya.
Ahli Majlis Ulama Arab Saudi, Sheikh Abdullah Al-Munea berkata, Pokemon Go bahaya kepada keselamatan negara kerana ia bertujuan membongkar lokasi rahsia yang dianggap satu penderhakaan di negara itu.
Ketika pasukan laman web majlis itu melawat Makkah, mereka menemui antara lokasi pertempuran Pokemon berlaku di atas Kaabah.
Mereka juga mendapati lima jemaah bermain Pokemon Go di kawasan mataf yang baru dan jumlah pemain semakin meningkat.
Hadiah dan karakter Pokemon pula boleh ditemui di hadapan beberapa pintu masuk masjid suci berkenaan.
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Rayuan yang juga anggota Majlis Syura, Sheikh Issa Al-Ghaith berkata, Pokemon Go tidak haram walaupun karakter Pokemon ditemui di atas Kaabah dan pemainnya bermain tanpa bergerak.
“Secara keseluruhan, saya berpendapat tiada yang haram dalam permainan itu,” katanya. - Agensi

Sumber: Harian Metro

Timbalan Ketua Sekolah Islam Al-Azhar, Abbas Shouman dalam temubual bersama sebuah agensi berita pada Khamis lalu berkata, permainan telefon bimbit, 'Pokemon Go' adalah dilarang oleh undang-undang Islam. 

Lapor Al Masdar News, Shouman mendakwa, bermain dengan permainan tersebut sama seperti meminum minuman alkohol, yang mana juga diharamkan oleh Islam. 

"Secara negatif, ia mempengaruhi minda dan membahayakan pemain atau orang lain tanpa disedari. Adalah berdosa bermain permainan ini kerana mengundang sifat yang berlebihan menjadi punca utama permainan ini diharamkan," katanya. 

Sementara itu di Singapura, seorang wanita dipecat dari syarikatnya hanya kerana menulis komen yang berbaur penghinaan terhadap negara itu berikutan pulau hujung berkenaan tiada permainan Pokemon Go. 

Eskpattriat Australia, Sonny Truyen, memuat naik status di Facebook "Anda tidak boleh menangkap pokemon di negara teruk ini," mencetuskan kemarahan warga SIngapura. 

Ekoran itu, Ketua Eksekutif 99.co, Darius Cheung telah memecat Truyen dan memohon maaf di atas kelakuan pekerjanya itu. 

Truyen juga telah menutup akaun Facebooknya dan memohon maaf melalui laman Mashable. - PIXEL MEDIA


MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI
Karakter Pokemon Go Ditemui di atas Kaabah?? Karakter Pokemon Go Ditemui di atas Kaabah?? Reviewed by Sri Kandi on 23:51 Rating: 5

1 comment

  1. Merit Casino | Top 10 list of 2021
    Merit Casino has 메리트 카지노 주소 a huge selection of games from the top the first thing that 제왕 카지노 the casino would do is to give you the right choegocasino amount of free credits to choose from.

    ReplyDelete

Post AD